Usaha pewujudan Jerai Geopark

Dari kanan: Prof. Dato' Dr. Mokhtar Saidin, Pengarah PPAG-USM; Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan; Tn. Hj. Zainol Husin, Mantan Pengarah Mineral Dan Geosains Kedah ketika sesi penerangan cadangan Geopark Jerai kepada komuniti setempat.

Pewujudan geopark di Malaysia termasuk Geopark Jerai merupakan inspirasi daripada Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan yang terdiri daripada sekumpulan pakar dan pencinta geowarisan yang mengharapkan adanya geopark di Malaysia setanding dengan geopark luar negara yang telah terwujud sejak sekian lama [2].

Usaha ini kemudian diteruskan dengan pemantauan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) dan pelantikan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (PPAG-USM) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Promosi Dan Pembangunan Geopark Jerai yang berperanan menyiapkan dossier[3].

Turut terlibat bersama secara aktif dalam pembangunan Geopark Jerai ialah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) dari aspek pembangunan geotapak dan perhubungan dengan kerajaan negeri serta komuniti setempat.

Agensi-agensi lain yang turut memberikan kerjasama erat termasuklah Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Majlis Daerah Yan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Kumpulan Warisan Geologi Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (WGM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Rujukan

WikiPedia: Jerai Geopark http://www.mukhrizmahathirfc.com/2014/12/teksi-air... http://www.bharian.com.my/node/243378 http://www.bharian.com.my/taxonomy/term/10/2017/07... http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sasar-ge... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gunung-je... http://www.jmg.gov.my/blog/654-geopark-jerai-aspir... http://www.jmg.gov.my/mengenai-kami/berita-semasa/... https://www.cikguhairul.com/singgah-di-pantai-merd... https://ibrahimkomoo.com/2017/03/27/cabaran-memban... https://ibrahimkomoo.com/2017/07/19/agenda-geopark...